Thursday, March 10, 2011

Perjuangan Tetap Ku Teruskan...

Perjuangan Tetap Ku Teruskan...

Tuesday, November 2, 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta....

Pengertian Seni Silat Sendeng

Nama Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.
Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : -
SENI - adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.
SILAT - ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan atau menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.
SENDENG - merupakan adunan teknik pukulan dan taktik mengelak atau menyerang berposisi mengiring. Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan ini, ia mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi istilah, fizikal mahupun rohaniah. Dari segi istilah perkataan 'Sendeng' terdiri dari dua sukukata yang dicantumkan iaitu 'SEN dan 'DENG'.
'SEN ' - singkatan dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang kukuh, kuat dan rapi.
'DENG ' - (atau ' DING ' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat bertahan, tembok atau tempat perlindungan. Di sudut fizikal pula, kedudukan secara menyendeng ketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang merbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi. Dengan cara ini juga akan memudahkan pesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.
Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman 'permainan jauh ' dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di 'tujui' nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ' Lam Alif ' yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring. Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ' permainan jauh' itu sukar untuk dikesan.
Oleh yang demikian itu kedudukan 'Sendeng ' merupakan salah satu cara unutk melepaskan, mematikan, membuang dan menepis sebarang bentuk 'musibah' yang menghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan "capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup".

Wednesday, March 17, 2010

ANTARA ASAS SILAT SENDENG

Pecah 4 adalah pecah paling asas dalam pembelajaran kuntau. Pecah ini mempengaruhi pecah yang lain dalam pelajaran kuntau, dari Pecah 6 hingga 24. Hayatilah video Pecah 4 oleh Cikgu Jamaluddin Shahdan. Dalam video ini juga dipersembahkan Pecah 6.


Tuesday, March 16, 2010

Program Ulangkaji Intensif Silat Sendeng


Kehadiran hanya sementara, tapi ilmu yang dicurahkan amat bermakna... Terima Kasih Yang Tak Terhingga Kepada Cikgu Zulkifli Zainal Abidin.

Sunday, February 28, 2010

P.S.S.S.M Caw. Labuan akan mengadakan Program Ulangkaji Intensif Silat Sendeng sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 12 - 14 Mac 2010

Masa : 9:00pg - 10:00mlm

Tempat: Gelanggang U.M.S, Kampus Antarabangsa Labuan.

Penyertaan adalah terbuka kepada Pesilat Seni Silat Sendeng baru dan lama. Sila hubungi 012-8223528 (Fadil) atau email : sendenglabuan@gmail.com sebelum atau pada 08 Mac 2010.

Wednesday, July 29, 2009

Wednesday, July 22, 2009

Gelanggang Sendeng UMS KAL

Sejarah Sendeng Malaysia

Seni Silat Sendeng diasaskan oleh Long Mamat dan seterusnya dikembangkan oleh Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah dengan nama Seni Silat Sendeng Muar. Dibawah kepimpinan beliau perguruan ini dikenali sebagai Seni Silat Muar yang berpusat di Sungai Mati, Muar, Johor Darul Takzim. Sekembalinya beliau ke rahmatullah pada 19 Mei 1990, adinda beliau Allahyarham Haji Ismail bin Haji Hamzah telah dipilih untuk mengetuai perguruan ini sebagai ‘Guru Utama.’ Pada 11 Julai 1992, Seni Silat ini telah didaftarkan atas nama ‘Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia’ dengan gabungan 7 buah cawangan negeri iaitu Johor, Melaka, Pahang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan N.Sembilan. Terdapat lebih kurang 42 gelanggang di seluruh negara yang dikendalikan oleh jurulatih yang bertauliah seramai 48 orang. Keseluruhan jumlah ahlinya yang berdaftar adalah seramai 2,240 orang.
Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia terus berkembang negeri seperti Kelantan, Sabah dan Labuan dibawah beliau dan pelbagai pembaharuan idea telah tercetus. Setelah melibatkan diri dalam program wajadiri anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pertubuhan telah menganjurkan banyak aktiviti riadah dan pertandingan. Antara pertandingan yang pernah disertai ialah Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan, aktiviti budaya anjuran KBS dan menganjurkan aktiviti dibawah PSSSM seperti Sendeng Full Contact.
Setelah berkhidmat dan mengabdikan diri dalam PSSSM allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mac 2002. Tempatnya pula diamanahkan kepada Guru Utama yang seterusnya setelah dipilih oleh ahli majlis dan persetujuan semua ahli-ahli PSSSM, Haji Ismail bin Haji Sa’din atau di kenali Tok Sidang untuk menerajui PSSSM dari tahun 2002 hingga kini.
AL-FATIHAH buat semua guru-guru yang mengembangkan ilmu persilatan ini. - AMIN

Selamat Datang Kepada Kawan2 Se-Sendeng

Selamat Datang Kepada Kawan2 Se-Sendeng,
Dengan adanya blog ini saya amat berharap ia akan menjadi media penghubung kepada
semua rakan2 seperjuangan di mana jua anda berada...
Blog ini juga diharap dapat menghubungkan kami di Labuan dengan gelanggang sendeng
yang lain di seantero Malaysia...
Kesemua teman seperjuangan di persilakan 'posting' apa jua bahan & komen yang dapat dikongsi
kebaikannya bersama-sama....