Wednesday, July 29, 2009

Latihan, Ahli Baru Dan Lama

Latihan, Kelas dan Ahli Baru....



Kelas Pada 25.07.2009...
16 pesilat....
8 ahli baru...
7 ahli lama...

Wednesday, July 22, 2009

Gelanggang Sendeng UMS KAL

Sejarah Sendeng Malaysia

Seni Silat Sendeng diasaskan oleh Long Mamat dan seterusnya dikembangkan oleh Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah dengan nama Seni Silat Sendeng Muar. Dibawah kepimpinan beliau perguruan ini dikenali sebagai Seni Silat Muar yang berpusat di Sungai Mati, Muar, Johor Darul Takzim. Sekembalinya beliau ke rahmatullah pada 19 Mei 1990, adinda beliau Allahyarham Haji Ismail bin Haji Hamzah telah dipilih untuk mengetuai perguruan ini sebagai ‘Guru Utama.’ Pada 11 Julai 1992, Seni Silat ini telah didaftarkan atas nama ‘Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia’ dengan gabungan 7 buah cawangan negeri iaitu Johor, Melaka, Pahang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan N.Sembilan. Terdapat lebih kurang 42 gelanggang di seluruh negara yang dikendalikan oleh jurulatih yang bertauliah seramai 48 orang. Keseluruhan jumlah ahlinya yang berdaftar adalah seramai 2,240 orang.
Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia terus berkembang negeri seperti Kelantan, Sabah dan Labuan dibawah beliau dan pelbagai pembaharuan idea telah tercetus. Setelah melibatkan diri dalam program wajadiri anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pertubuhan telah menganjurkan banyak aktiviti riadah dan pertandingan. Antara pertandingan yang pernah disertai ialah Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan, aktiviti budaya anjuran KBS dan menganjurkan aktiviti dibawah PSSSM seperti Sendeng Full Contact.
Setelah berkhidmat dan mengabdikan diri dalam PSSSM allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mac 2002. Tempatnya pula diamanahkan kepada Guru Utama yang seterusnya setelah dipilih oleh ahli majlis dan persetujuan semua ahli-ahli PSSSM, Haji Ismail bin Haji Sa’din atau di kenali Tok Sidang untuk menerajui PSSSM dari tahun 2002 hingga kini.
AL-FATIHAH buat semua guru-guru yang mengembangkan ilmu persilatan ini. - AMIN

Selamat Datang Kepada Kawan2 Se-Sendeng

Selamat Datang Kepada Kawan2 Se-Sendeng,
Dengan adanya blog ini saya amat berharap ia akan menjadi media penghubung kepada
semua rakan2 seperjuangan di mana jua anda berada...
Blog ini juga diharap dapat menghubungkan kami di Labuan dengan gelanggang sendeng
yang lain di seantero Malaysia...
Kesemua teman seperjuangan di persilakan 'posting' apa jua bahan & komen yang dapat dikongsi
kebaikannya bersama-sama....