Wednesday, July 22, 2009

Sejarah Sendeng Malaysia

Seni Silat Sendeng diasaskan oleh Long Mamat dan seterusnya dikembangkan oleh Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah dengan nama Seni Silat Sendeng Muar. Dibawah kepimpinan beliau perguruan ini dikenali sebagai Seni Silat Muar yang berpusat di Sungai Mati, Muar, Johor Darul Takzim. Sekembalinya beliau ke rahmatullah pada 19 Mei 1990, adinda beliau Allahyarham Haji Ismail bin Haji Hamzah telah dipilih untuk mengetuai perguruan ini sebagai ‘Guru Utama.’ Pada 11 Julai 1992, Seni Silat ini telah didaftarkan atas nama ‘Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia’ dengan gabungan 7 buah cawangan negeri iaitu Johor, Melaka, Pahang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan N.Sembilan. Terdapat lebih kurang 42 gelanggang di seluruh negara yang dikendalikan oleh jurulatih yang bertauliah seramai 48 orang. Keseluruhan jumlah ahlinya yang berdaftar adalah seramai 2,240 orang.
Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia terus berkembang negeri seperti Kelantan, Sabah dan Labuan dibawah beliau dan pelbagai pembaharuan idea telah tercetus. Setelah melibatkan diri dalam program wajadiri anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pertubuhan telah menganjurkan banyak aktiviti riadah dan pertandingan. Antara pertandingan yang pernah disertai ialah Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan, aktiviti budaya anjuran KBS dan menganjurkan aktiviti dibawah PSSSM seperti Sendeng Full Contact.
Setelah berkhidmat dan mengabdikan diri dalam PSSSM allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mac 2002. Tempatnya pula diamanahkan kepada Guru Utama yang seterusnya setelah dipilih oleh ahli majlis dan persetujuan semua ahli-ahli PSSSM, Haji Ismail bin Haji Sa’din atau di kenali Tok Sidang untuk menerajui PSSSM dari tahun 2002 hingga kini.
AL-FATIHAH buat semua guru-guru yang mengembangkan ilmu persilatan ini. - AMIN

6 comments:

  1. Seni Silat Sendeng diasaskan oleh Long Mamat dan seterusnya dikembangkan oleh Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah?????

    Saya nak tau berkenaan fakta yang ditulis penulis ini, mana 1 yang betul Long Mamat/Hj Hamid pengasas seni Silat Sendeng?

    Melaui research yang saya buat tak sama, adakah penulis dari aliran Sendeng Malaysia? kalua ye kenapa fakta utama teras Sendeng dia tidak tahu?

    Soalan saya tentang gelanggang pun belum terjawab lagi. Saya harap dapat gak joint sendeng ni dah sebab saya tinggal di labuan jadi saya nak la joint sendeng labuan tapi hampa belum ada jawapan.

    kepada tenaga pengajar Sendeng labuan maaf kalau pe di cakap tadi salah, tapi sebagai budak baru nak la dapat 'sifu' yang memang tahu sepenuhnya tentang Sendeng kena la dengan gelaran 'sifu' mesti semua tahu betul tak?

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah...ader juga yg sudi bertanya...
    Saya faham bagi yang baru cuba mangenali Sendeng, mungkin fakta yang diberi sedikit mengelirukan. Perlu difahami, dalam memahaminya ada 2 perkara yang berbeza iaitu Pengasas Seni Silat Sendeng dan Pengasas Seni Sendeng Muar/Malaysia. Seni Silat Sendeng dari segi permainan/sukatan pelajaran/falsafah dll adalah diasaskan oleh Long Mamat. Seterusnya Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah telah mengembangkan Seni Silat Sendeng ini dengan nama Seni Silat Sendeng Muar. Setelah seni ini berkembang di beberapa negeri d Semenanjung Malaysia barulah Persatuan Seni Silat Sendeng Malaysia ditubuh, sebagaimana yang dikenali pada hari ini.
    Kehidupan kita sebagai manusia biasa tidaklah sentiasa memikirkan tentang silat semata-mata, terlalu banyak komitmen lain yang wajib dlunaskan terlebih dahulu. Tapi, ini tidak bermakna Silat Sendeng tidak penting. Oelh itu, perlu difahami kerja-kerja menjaga blog ini hanya kewajipan sampingan saya shj bila masa mengizinkan.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    maaf la ye mmg la pukulan sendeng datangnya dari long mamat tapi seni nya datang dari hj hassan pendekarkan? jadi jelaslah pengasas Seni Silat Sendeng bukan long mamat tapi hj hamid hamzah.
    Saya rasa adalah perlu penulis mempelajari lebih dalam dengan sebaiknya. Saya wlu masih blum bljr tp bnyak mengkaji dan menyelidik ttg Sndeng ni dan harap saya akan bljar dgn org yg btul.
    dari sumber yg boleh dipercayai Sendeng Malaysia dah terbatal pendaftarannya betul ke? saya rajin gak ikuti SILAT TV.

    ReplyDelete
  4. Wsalam...
    Begitu ironi...namun, semua nama yg disebut tu adalah tok guru seni silat sendeng bukan Seni Silat Sendeng Muar/Malaysia. Dan posting saya yang panjang lebar di atas nampaknya gagal memahamkan saudara. Perlu difahami seni silat sendeng sudah wujud secara turun temurun, bukan saja di Johor bahkan aliran yg sama wujud di Kedah. Seni Silat Sendeng wujud walaupun Allahyarham Tn. Hj. Hamid takde. Tapi, Seni Silat Sendeng Muar/Malaysia tidak akan wujud tanpa sumbangan besar beliau yg telah menggabungkan 3 peringkat pembelajaran di dalam Seni Silat Sendeng Malaysia. "Seni Silat Sendeng Malaysia" cuma ada satu asal usul iaitu dari Allahyarham Tn. Hj. Hamid Hj. Hamzah yg mendapat pelajaran silat dari nenda2 beliau. Berkenaan Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia biarlah pihak pentadbiran http://sendengmalaysia.blogspot.com/ sendiri yg jawap, mereka ada jawpannya...
    Saya percaya, tidaklah berpatutan persoalan tersebut datang dr seorg yg bukannya ahli sendeng malaysia..."hubungan yg baik bermula dengan niat yg baik"...jika persolan seperti ini ditimbulkan, saya tidak fikir ia sesuatu yg baik dan memberikan kebaikan kepada sesiapapun...sekian.

    ReplyDelete
  5. Asal muasal sendeng dari moyang saya, berdarah raja bugis dan raja johor Malaysia,sendeng ini asal nya dari Johor bukan Sulawesi hanya orang yg terdekat yg pada waktu itu yg mendapat kan sendeng ini,dan sendeng bukan silat melainkan bua pukul,dan tidak nampak,tidak ada tangkisan, pukul kena tak pukul juga kena dan bisa memutuskan jantung ,mereka yg dapat sendeng ini mereka kembangkan sendiri , sendeng ini bisa menumpang di mana mana silat,supaya kamu semua paham, silat harimau di padukan sendeng jadi sendeng harimau,dan seterusnya,saya sebagai keturunan nya sangat prihatin ,kalian semua berdebat soal sendeng ini,dan sendeng ini memang sangat dirahasiakan oleh moyang2 saya,itu singkat cerita yg bisa saya ceritakan...saya bisa kupas habis mengenai sendeng ini,...sebab asal sendeng ini dari pada moyang saya,terima kasih,kalau tdk tau pangkal jgn cerita ujung ...terima kasih

    ReplyDelete